Nilam


 PROGRAM BACAAN NILAM
 
NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu.

*Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.

*Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.

*Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di Sekolah Rendah dan Tingkatan Satu dan Peralihan di Sekolah Menengah pada 1999. 

 

OBJEKTIF 

*Menggalakkan pelajar memupukkan budaya suka membaca berterusan sepanjang hayat mereka. 

*Menjadikan murid banyak membaca, bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan. 

*Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

 

CIRI-CIRI  PERLAKSANAAN NILAM

Rekod Bacaan
Suatu rekod bacaan setiap pelajar disediakan sebagai dokumen pembacaan mereka. Pengisian rekod melatih pelajar contohnya :  mengingati pengarang dan judul buku yang dibaca / tema buku / sinopsis buku.

Borang Rekod Bacaan.
Pelajar merekodkan bacaan masing-masing di bawah pengawasan guru, terutamanya semasa waktu matapelajaran bahasa. Guru berkenaan kemudiannya  menyemak dan mengesahkan rekod bacaan pelajar berkenaan. 

Pengiktirafan Tokoh Membaca
Data rekod bacaan setiap sekolah dikumpul di Pusat Sumber Negeri untuk dinilai di peringkat kebangsaan. Tokoh Membaca dipilih dari kalangan pelajar yang mempunyai rekod bacaan tertinggi dan diberikan Anugerah NILAM.

TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM 

Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:

  1. Tahap Jauhari
  2. Rakan Pembaca
 NILAM  TAHAP JAUHARI

            Program membaca NILAM Tahap Jauhari ini dijalankan pada dua peringkat persekolahan :

Sekolah Rendah
Murid-murid pada peringkat ini wajib  melibatkan diri dalam aktiviti pembacaan sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut:
Sekolah Menengah

Pelajar pada peringkat menengah pula wajib melibatkan diri dalam aktiviti pembacaan berterusan sebaik sahaja mereka melangkah ke Tingkatan Satu dan perlu mencapai tahap pembacaan  berikut:
TAHAP RAKAN PEMBACA    
 CIRI-CIRI RAKAN PEMBACA :

Ø  Adalah murid-murid yang sudah membaca lebih dari 100 buah buku dan mereka layak dipilih ke tahap ini.

Ø  Murid-murid pada tahap  Rakan Pembaca akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta di tempat-tempat aktiviti dan membantu membuat pengesanan kemajuan  aktiviti yang dijalankan murid secara  formal atau tidak formal.

Ø  Murid-murid yang dipilih sebagai Rakan Pembaca akan  dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini. Mereka akan memilih dan meminjam buku dari pusat sumber sekolah untuk dibawa pulang. Buku-buku yang dipinjam akan juga dibaca oleh rakan-rakan, keluarga dan jiran. Kemudian, pembaca tersebut perlu menandatangani dan membuat sedikit ulasan di dalam buku rekod Rakan Pembaca.

Ø  Murid juga dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama  rakan-rakan di sekolah  seperti : aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku. Aktiviti yang mereka jalankan akan diberi skor pemarkahan  mengikut berapa sesi aktiviti dikali dengan berapa ramai pendengar, pembaca dan peminjam buku mereka.
 CONTOH AKTIVITI KIRAAN PEMARKAHAN
TAHAP  RAKAN PEMBACA
q     Aktiviti bercerita                 -  1 sesi  x   5   pendengar (min)    = 5 markah
q                 “                             -  1 sesi  x 100 pendengar              = 5 markah 

q     Membaca bersama            - 1 sesi  x   3   pendengar              = 3 markah
q                 “                              - 1 sesi  x   5   pendengar              = 5 markah
q                 “                              - 1 sesi  x  10  pendengar              = 5 markah

q     Bicara Buku                    - 1 sesi  x   2   pendengar            = 2 markah
q                “                               - 1 sesi  x   5   pendengar              = 5 markah
q                “                               - 1 sesi  x  10  pendengar              = 5 markah
 
q     Meminjamkan buku            - 1 buku x  2    peminjam               = 2 markah
q                “                               - 1 buku x  5    peminjam  (max)    = 5 markah
q                “                               - 2 buku x  5    peminjam             = 10 markah           


# Nota :  pemarkahan mengutamakan berapa banyak sesi dijalankan, bukan   
    bilangan pendengar untuk mendapatkan lebih markah. Akan tetapi, 
    markah  tetap diberikan kepada minimum pendengar.

GANJARAN
 Apabila aktiviti galakan membaca diberi pengiktirafan dan dipiawaikan melalui NILAM, masyarakat akan dimaklumi tentang klasifikasi  pengiktirafan ini. Penganugerahan ini akan menjadi satu aset dan pemangkin budaya suka membaca. 

Antara ganjaran yang diperolehi murid adalah:

-Skor markah rekod bacaan murid akan dimasukkan ke dalam Buku Rekod Kemajuan Murid  pada setiap akhir tahun.

-Markah Rekod bacaan ini  dikira dari jangkamasa 6 tahun persekolahan peringkat Rendah dan 5 tahun persekolahan peringkat Menengah. 

-Markah Rekod Bacaan ini akan dimasukkan ke dalam Sijil Berhenti apabila pelajar menamatkan persekolahannya.

-Pihak sekolah juga wajar memberikan surat sokongan kepada pelajar yang layak menerimanya.

-Pelajar yang telah mencapai rekod bacaan tertinggi di peringkat kebangsaan akan diberi Anugerah Nilam.


CONTOH-CONTOH AKTIVITI  MEMBACA 

Projek Pukal  -

Setiap kelas dibekalkan 50-100  naskah buku  dan pelajar dibenarkan meminjam buku setiap hari sebanyak mana mampu.

Projek Iqra’  -

Semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 wajib mempunyai sebuah buku ‘Rekod Bahan Bacaan’ dan mencatat nama buku, nama pengarang, penerbit dan juga sinopsis bahan yang dibaca.

Program Banyak Membaca –

Ia adalah khusus untuk Tingkatan 1 dan 2 . Pelajar digalakkan membaca seberapa banyak buku dan dicatatkan ke dalam borang khas yang dianalisis setiap tahun.Insentif dalam bentuk hadiah diberi kepada pelajar yang paling banyak membaca.

Khemah Membaca  -

Kem ini diadakan pada tiap-tiap  tahun . Pelajar akan didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek.

Kuiz Bistari   -

Khusus untuk pelajar Menengah Atas. Pada setiap bulan, soalan dikemukakan dan kelas akan menghantar penyertaan yang membincangkan isu-isu berkaitan Ekonomi, Dadah, AIDS, Sejarah  dan Bahasa Inggeris.  Pemenang akan dipilih  dan diberikan hadiah insentif.


CADANGAN MASA PERLAKSANAAN NILAM

-Satu masa membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

-Ada juga waktu yang diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca, contohnya aktiviti-aktiviti untuk Minggu Pusat Sumber . Pada Minggu Pusat Sumber , pelbagai aktiviti boleh dijalankan; seperti   Bercerita, Pertandingan Menulis Ulasan Buku, / Berbicara tentang buku yang dibaca (misalnya dalam satu ‘workshop’) / Forum tentang sesuatu buku 

-Pelajar meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membaca seperti membuat ulasan buku atau membaca bersama.


FAKTOR-FAKTOR PELAKSANAAN YANG PERLU DIBERI PENEKANAN

-Penyediaan koleksi bahan-bahan bacaan pusat sumber. Penyelaras pusat sumber perlu memastikan koleksi bahan di pusat sumber mereka sentiasa selaras dengan perkembangan semasa agar ia dapat menarik minat pelajar untuk sering mengunjungi Pusat Sumber.

-Sokongan pihak pentadbir sekolah. Aktiviti-aktiviti pembacaan tidak akan dapat berjalan dengan lancar sekiranya pihak pentadbir kurang memberi sokongan dalam menjalankan sebarang aktiviti pusat sumber. Ini termasuklah menyediakan masa dan hari yang sesuai serta bantuan kewangan untuk menjalankan program ini.

-Penglibatan ibubapa dan guru-guru. Aktiviti membaca akan menjadi lebih aktif dan berkesan sekiranya  ibubapa memberi sokongan membaca semenjak dari kecil kepada pelajar. Selain itu, guru memainkan peranan penting dalam menekankan bacaan murid di sekolah contohnya  memuatkan aktiviti-aktiviti bacaan   seumpama ‘Teka-Silangkata’ dan latihan menulis ulasan buku dalam pengajaran mereka.

-Perlaksanaan program secara sistematik disokong dengan dokumen dan rekod yang sahih memudahkan penilaian dan pengiktirafan Anugerah NILAM.