Friday, September 16, 2016

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA
30 Ogos 2016

Perasmian oleh PK KEM, Ustaz Zolkefli bin Hussain






KARNIVAL KOKURIKULUM
JUALAN KELAB PUSAT SUMBER
13 Ogos 2016











Apakah Program Imersif Tinggi (HIP)?

Program Imersif Tinggi (HIP) merupakan sebuah program yang diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid melalui pendedahan yang lebih tinggi kepada bahasa tersebut di sekolah.

Perkara ini merupakan suatu pengukuhan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 1/1999: Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah (No. Rujukan: KP (BS) 8591/Jilid XV/ (1) 4 Januari 1999) bagi pelaksanaan aktiviti peningkatan penguasaan bahasa Inggeris di dalam dan di luar kelas.

Ia juga bertujuan untuk memupuk sikap dan pandangan yang positif terhadap pembelajaran dan penggunaan bahasa Inggeris.

Adakah HIP suatu program baharu?

Tidak, ianya bukan sebuah program baharu, malah ia merupakan pengukuhan terhadap pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 1999 untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti penguasaan bahasa Inggeris di dalam dan di luar kelas.

Apa yang berbeza adalah pelaksanaan HIP. Pendekatan yang digunakan adalah untuk memberi kuasa kepada sekolah, dilaksanakan oleh sekolah dan untuk sekolah. Sekolah-sekolah akan dibekalkan dengan sarana sebagai panduan untuk melaksanakan perancangan aktiviti yang lebih komprehensif, berdasarkan latar belakang dan keupayaan mereka. Sarana ini akan mengandungi contoh-contoh amalan terbaik dari sekolah-sekolah yang telah melaksanakan aktiviti peningkatan penguasaan bahasa Inggeris di dalam dan di luar kelas.

Tambahan pula, satu mekanisme sokongan akan dibina bagi menggalakkan sekolah- sekolah untuk berkongsi, belajar dan memberi galakkan antara satu sama lain dalam melaksanaan aktiviti pengayaan bahasa Inggeris.

Mengapa kita perlukan HIP?

Walaupun Pekeliling pada tahun 1999 telah menyatakan bahawa sekolah-sekolah dikehendaki melaksanakan aktiviti pengayaan bahasa Inggeris, Kementerian mengakui bahawa kejayaan pelaksanaannya adalah berbeza-beza di antara sekolah-sekolah di negara ini.  Ini adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kefahaman dan pengetahuan pengoperasian yang pelbagai.

Oleh itu, HIP diperkenalkan untuk menyediakan satu mekanisme sokongan seperti pembelajaran di antara rakan setugas, sokongan oleh jurulatih, pegawai pendidikan daerah dan negeri, sarana yang mempertimbangkan pelbagai peringkat kesediaan dan tahap penglibatan ibu bapa dan masyarakat.

Apakah jenis aktiviti-aktiviti yang boleh sekolah laksanakan?

Sarana HIP mengandungi menu pilihan aktiviti-aktiviti sekolah yang boleh digunakan mengikut tahap kesediaan mereka. Aktiviti-aktiviti dikategorikan kepada Dalam Kelas, Luar Kelas dan Kelas Tambahan. Sekolah-sekolah boleh memilih daripada senarai aktiviti-aktiviti pilihan, dan bebas untuk melaksanakan satu atau lebih aktiviti.

Aktiviti-aktiviti ini adalah contoh yang diperoleh daripada sekolah-sekolah di seluruh negara, sekolah bandar dan juga luar bandar. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian adalah bercerita, satu perkataan sehari, nyanyian dengan pergerakan serta pembentangan dalam perhimpunan mingguan dan menggunakan bahasa Inggeris semasa Hari Guru atau pelbagai majlis di sekolah.

Sekolah juga digalakkan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti mereka tersendiri yang kreatif dan tidak terdapat dalam sarana tersebut. Jika aktiviti-aktiviti tersebut terbukti berkesan, mereka boleh dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam sarana pada masa hadapan sebagai amalan terbaik

Apa yang akan berlaku kepada aktiviti-aktiviti pengayaan bahasa Inggeris sedia ada yang sedang dilaksanakan?

Sebarang aktiviti pengayaan bahasa Inggeris sedia ada boleh diteruskan dan dirangkumi di bawah program HIP.

Sekolah digalakkan untuk terus melaksana dan meningkatkan aktiviti pengayaan bahasa Inggeris sedia ada jika ia telah mencapai kejayaan dan menghasilkan keputusan yang baik.

Walau bagaimanapun, HIP ingin memperlihat sekolah-sekolah untuk memantapkan lagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti serta memperkenalkan aktiviti dengan lebih banyak dan hebat untuk sentiasa meningkatkan tahap pencapaian.

Bagaimanakah HIP menyokong dasar pendidikan?

HIP adalah sejajar dengan Aspirasi Murid Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) di mana PPPM memberi sokongan kepada murid-murid untuk menguasai kemahiran dwibahasa untuk meningkatkan daya saing di peringkat global. Anjakan ke-2 di bawah PPPM memastikan setiap kanak-kanak menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, dan juga menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa ketiga sebagai tambahan.
PROJEK KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
















Teknologi Pemangkin Pendidikan Bestari


Thursday, September 15, 2016

PELANCARAN NILAM
29 Februari 2016

 Perasmian oleh Pn. Hajjah Sharifah Hanim bt Syed Zain, PK Pentadbiran SMKPJ




 Bercerita oleh Nik Nurzawani dari tingkatan 5 Ekonomi Asas

Ahmad Hasan Muslim bin Ismail
Pemenang Anugerah Perak bagi bacaan Nilam terbanyak sepanjang tahun 2015

ENGLISH WEEK
22nd until 26th February 2016




MINGGU BAHASA MELAYU
1 hingga 5 Februari 2016





ORIENTASI PSS MURID TINGKATAN 1
25 hingga 29 Januari 2016