Sunday, August 30, 2015
Monday, August 24, 2015
APAKAH ITU LITERASI DIGITAL?
Literasi Digital yang juga dikenali sebagai Literasi
Komputer merupakan salah satu komponen dalam Kemahiran Literasi Maklumat yang
merangkumi kemahiran penggunaan perkasasan komputer, perisian, Internet,
telefon bimbit, PDA dan peralatan digital yang lain. Literasi Digital merujuk
kepada keupayaan mengenal pasti, mencari, memahami, menilai dan menganalisis
dan mengguna maklumat melalui teknologi digital.
PERANAN LITERASI DIGITAL
Kualiti proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat ditingkatkan melalui penggunaan
sumber pendidikan secara terancang dan teratur, menjadikan proses P&P lebih
bermakna dan berkesan, membantu guru menerangkan sesuatu konsep dengan lebih
mudah dan menarik serta membantu murid memahami perkara yang dipelajari dan
seterusnya berkemahiran mengurus pembelajaran mereka secara proaktif dan
bertanggungjawab.
Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai sumber pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan P&P. Teknologi Pendidikan merupakan satu bidang dan amalan etika yang praktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan P&P melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber pendidikan dan proses teknologi yang sesuai.

Pembelajaran berasaskan
Sumber Pendidikan berteknologi tinggi (literasi digital) merujuk kepada
pewujudan dan penyediaan kemudahan resos dan peralatan seperti perkakasan,
perisian, dan rangkaian Internet kepada semua warga sekolah yang ingin
mendapatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai sama ada melalui proses
P&P secara formal atau secara kendiri. Pembelajaran berasaskan literasi
digital pada dasarnya dapat dilaksanakan merentas sempadan dan masa dengan
adanya peralatan digital berbentuk maya.
Sunday, August 16, 2015
PELANCARAN NILAM, ENGLISH WEEK & MINGGU BAHASA
Guru Kanan Bidang Bahasa, Pn. Wardati bt Osman memulakan ucapan
Perasmian serentak oleh Tuan Pengetua, En Zainal Abidin b Yaacob
Guru GPM, Pn Norzatul Shima bersama Tuan Pengetua
Penyerahan Jadual Nilam kepada Ketua Panitia Bahasa Melayu, Pn Sakinah
Penyerahan Jadual Nilam kepada Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Pn Nurr Sarrah
Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengetua, En Zainal Abidin b Yaacob
Bercerita oleh Nik Nurhani
Poem oleh Adilah
Subscribe to:
Posts (Atom)