Monday, August 24, 2015

APAKAH ITU LITERASI DIGITAL?


Literasi Digital yang juga dikenali sebagai Literasi Komputer merupakan salah satu komponen dalam Kemahiran Literasi Maklumat yang merangkumi kemahiran penggunaan perkasasan komputer, perisian, Internet, telefon bimbit, PDA dan peralatan digital yang lain. Literasi Digital merujuk kepada keupayaan mengenal pasti, mencari, memahami, menilai dan menganalisis dan mengguna maklumat melalui teknologi digital.


MODEL LITERASI DIGITAL



PERANAN LITERASI DIGITAL

Kualiti proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat ditingkatkan melalui penggunaan sumber pendidikan secara terancang dan teratur, menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan, membantu guru menerangkan sesuatu konsep dengan lebih mudah dan menarik serta membantu murid memahami perkara yang dipelajari dan seterusnya berkemahiran mengurus pembelajaran mereka secara proaktif dan bertanggungjawab.

Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai sumber pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan P&P. Teknologi Pendidikan merupakan satu bidang dan amalan etika yang praktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan P&P melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber pendidikan dan proses teknologi yang sesuai.

Kualiti proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat ditingkatkan melalui penggunaan sumber pendidikan secara terancang dan teratur, menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan, membantu guru menerangkan sesuatu konsep dengan lebih mudah dan menarik serta membantu murid memahami perkara yang dipelajari dan seterusnya berkemahiran mengurus pembelajaran mereka secara proaktif dan bertanggungjawab.

Pembelajaran berasaskan Sumber Pendidikan berteknologi tinggi (literasi digital) merujuk kepada pewujudan dan penyediaan kemudahan resos dan peralatan seperti perkakasan, perisian, dan rangkaian Internet kepada semua warga sekolah yang ingin mendapatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai sama ada melalui proses P&P secara formal atau secara kendiri. Pembelajaran berasaskan literasi digital pada dasarnya dapat dilaksanakan merentas sempadan dan masa dengan adanya peralatan digital berbentuk maya.